Jom Terjah

Wednesday, April 30, 2014

Usang Dibarui, Lapuk Dikajangi

Jom belajar bahasa. Mudah-mudahan kita jadi bangsa yang celik bahasa :)
 
Dalam konteks ni, Bahasa Melayu lah yang saya maksudkan . Kadang-kadang nama saja Melayu tapi Bahasa melayu nya lintang - pukang . Kalau frasa atau ayat yang mudah-mudah pun tak difahami apa lagi peribahasa yang lagi mendalam maksudnya. Patut rasa malu menjadi Melayu begini ..
 
" Usang dibarui, lapuk dikajangi "



Sumber : MimbarKata.Blogspot.Com
 
Pertama kali dengar ? Dalam Kamus Dewan ada maknanya. Tapi kalau malas membeleknya, boleh saja rujuk di sini.
 
Usang dibarui, lapuk dikajangi bermaksud membaharui dan menyesuaikan @ menyuaipadan adat lama dengan situasi semasa.
 
Sebagai contohnya, banyak golongan terdahulu seperti nenek moyang kita memang terkenal dengan sikap suka berjimat cermat. Hal atau perkara begini yang kemungkinan besarnya berpunca daripada kesusahan hidup pada zaman tersebut. Jadi barang-barang atau harta benda yang menjadi usang ( buruk ) lazimnya tidak dibuang begitu sahaja sebaliknya dibaiki. Yang telah lapuk atau ketinggalan itu tidak juga dibuang, sebaliknya disimpan, dibungkus atau dikajangi  kalau-kalau ia masih berguna pada satu ketika nanti.
 
Begitu juga perihalnya dengan adat, mereka tidak meninggalkan sesuatu adat sebaliknya sentiasa dibaharui atau disesuaikan mengikut peredaran masa.
 
Peribahasa usang dibarui, lapuk dikajangi ini boleh dilihat dalam 1 contoh syair berikut :
 
Gemparlah orang di dalam negeri
Lelaki perempuan datang berlari
Budaya bangsa disanjung tinggi
Usang dibarui, lapuk dikajangi
 
Rujukan : Wadah Siswa Bil 11/2013

No comments:

Post a Comment