Jom Terjah

Saturday, February 1, 2014

Hidup Ini indah

Entri pertama pembuka bicara ^-^


Hidup ini indah.

Seperti bunga kertas merah jambu yang galak berbunga di pondok terapi keluarga biarpun panas cuaca membahang dan memeritkan kulit.

Seperti juga hidup kita, ada warna yang menceriakan hatta saat dilanda pelbagai musibah dan ujian. Betapa kuasa Allah itu ternyata besar dan melebihi segala yang ada. Saat hidup dilanda kegetiran, masih ada rahmat dari NYA bagi memberi keseimbangan dan kekuatan pada diri yang diuji.

Seperti juga bunga kertas pada musim kemarau yang tetap mekar berkembang kerana rajin disirami tuannya, begitu juga dengan makhluk bergelar manusia. Saat berasa pedih dan perit lantaran didatangi pelbagai masalah dan cabaran hidup, ternyata kita masih bertuah kerana adanya rahmat dan kasih sayang yang tak pernah lekang dari NYA.

Hidup ini indah. Belajarlah menyelami keindahan itu. Belajarlah bersyukur

No comments:

Post a Comment