Jom Terjah

Sunday, March 9, 2014

Misteri Kehilangan " Permaisuri Di Langit "

Simpati serta doa buat semua penumpang penerbangan MH370, moga mereka segera ditemui.


Sehingga jam 6.30 petang ketika entri ini ditulis, masih belum dapat diketahui apakah nasib yang menimpa 239

penumpang dan kru MH370.

Mudah-mudahan mereka berada dalam keadaan selamat dan dapat ditemui segera. Saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan misteri kehilangan permaisuri di langit ini berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui berita di tv.
 
  • Pesawat B777 dianggap sebagai "permaisuri di langit " apabila diperkenalkan pada tahun 1994 kerana ciri-cirinya yang jauh lebih hebat dan mewah berbanding pesawat lain milik MAS.

  • Operasi mencari dan menyelamat MH370 masuk hari ke-2.

  • DCA mengesahkan hanya 2 penumpang yang menggunakan passport palsu dan bukannya 4 seperti yang diheboh-hebohkan.

  • 2 penumpang MH370 yang dikenalpasti menggunakan passport palsu dikenali sebagai Luigi Maraldi , warga Itali  dan seorang rakyat Austria.

  • Kemungkinan serangan pengganas mengikut pandangan beberapa tokoh adalah rendah

  • Terkini Beijing menyatakan ada menemui serpihan pesawat, namun berita ini masih kabur dan tidak boleh dipercayai sama seperti tompokan minyak yang dikesan di perairan Vietnam

  • Pihak FBI turut menghantar beberapa pegawai mereka ke Malaysia kerana terdapat 3 orang rakyat Amerika Syarikat yang turut tersenarai sebagai penumpang penerbangan tersebut.

  • Rakaman radar ada menunjukkan tanda-tanda atau petunjuk   “ permaisuri di langit “ itu berpatah balik yang disebut juga sebagai air turning back  tetapi kelihatannya seperti melencong sedikit dari laluan sebenar. Namun tiada sebarang makluman atau komunikasi diterima dari menara kawalan

  • Kawasan pencarian oleh APPM diperluaskan sehingga 60 batu nautika

  • APPM juga menyiasat punca atau sumber sebenar tompokan minyak yang ditemui di perairan Kota Bharu, sama ada ia mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan permaisuri di langit ini atau sebaliknya.

  • Kali terakhir MH370 diselenggara adalah pada 2 minggu lalu dan tiada sebarang isu kerosakan atau masalah dibangkitkan.
  • Seperkara yang boleh dilakukan adalah sama-sama kita berdoa agar mereka segera ditemui dan misteri kehilangan permaisuri di langit ini dapat diselesaikan dengan segera.
    Sebagai pengguna laman sosial, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil kira sensitiviti semua pihak sebelum mengeluarkan sebarang komen.

No comments:

Post a Comment