Jom Terjah

Thursday, May 8, 2014

Cara Pasang Iklan Leaderboard Pada Blogspot

Dengan Nama Allah ...
 
Tiba-tiba rasa nak share  cara pasang iklan leader board pada Blogspot. Berlambak dah blogger lain beri tips, tapi nak jugak menyibuk.
 
Kan ramai blogger baru yang muncul setiap hari. Mungkin ramai yang masih tak tahu especially apabila template yang dipilih untuk blog tu tak ada space untuk iklan leader board. Nak tak nak terpaksa la godek-godek coding sikit
 
Ohh ya, iklan leader board tu  yang saiznya lebih kurang 728 x 90 tu kalau nak tahu.
 
Caranya mudah je ... Ikut step bawah ni yer :-D
 
1. Login ke akaun blogger
 
2. Klik pada tab ' template ' then klik pada tab 'edit '
 
3. Scroll hingga jumpa coding  lebih kurang macam contoh kat bawah  ni :
 
<?xml version="1.0" encoding="UTF-8" ?>
<!DOCTYPE html>
<html b:version='2' class='v2' expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'>
<center><!-- nuffnang -->
<script type='text/javascript'>
        nuffnang_bid = &quot;db4db3545f0e2334e5ce05e50c974a1e&quot;;
        document.write( &quot;<div id='nuffnang_lb'/>&quot; );
        (function() {
                var nn = document.createElement(&#39;script&#39;); nn.type = &#39;text/javascript&#39;;   
                nn.src = &#39;http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js&#39;;   
                var s = document.getElementsByTagName(&#39;script&#39;)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
        })();
  </script></center>
 
<head>
    <meta content='width=device-width, initial-scale=1, maximum-scale=1' name='viewport'/>
    <link href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Carrois+Gothic+SC' rel='stylesheet' type='text/css'/>
    <link href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Kaushan+Script' rel='stylesheet' type='text/css'/>
4. Copy code iklan leader board Nuffnang anda dan paste pada bahagian atas <head> , macam yang kaler merah kat atas tu ( yang merah tu code nuff saya punya, gantikan dengan yang anda punya ).
 
Tadaaa .... siap. Klik 'preview'. Jika semua ok, klik 'save'.
 
Ok, done ! 
   

Read more ...

Wednesday, April 30, 2014

Usang Dibarui, Lapuk Dikajangi

Jom belajar bahasa. Mudah-mudahan kita jadi bangsa yang celik bahasa :)
 
Dalam konteks ni, Bahasa Melayu lah yang saya maksudkan . Kadang-kadang nama saja Melayu tapi Bahasa melayu nya lintang - pukang . Kalau frasa atau ayat yang mudah-mudah pun tak difahami apa lagi peribahasa yang lagi mendalam maksudnya. Patut rasa malu menjadi Melayu begini ..
 
" Usang dibarui, lapuk dikajangi "



Sumber : MimbarKata.Blogspot.Com
 
Pertama kali dengar ? Dalam Kamus Dewan ada maknanya. Tapi kalau malas membeleknya, boleh saja rujuk di sini.
 
Usang dibarui, lapuk dikajangi bermaksud membaharui dan menyesuaikan @ menyuaipadan adat lama dengan situasi semasa.
 
Sebagai contohnya, banyak golongan terdahulu seperti nenek moyang kita memang terkenal dengan sikap suka berjimat cermat. Hal atau perkara begini yang kemungkinan besarnya berpunca daripada kesusahan hidup pada zaman tersebut. Jadi barang-barang atau harta benda yang menjadi usang ( buruk ) lazimnya tidak dibuang begitu sahaja sebaliknya dibaiki. Yang telah lapuk atau ketinggalan itu tidak juga dibuang, sebaliknya disimpan, dibungkus atau dikajangi  kalau-kalau ia masih berguna pada satu ketika nanti.
 
Begitu juga perihalnya dengan adat, mereka tidak meninggalkan sesuatu adat sebaliknya sentiasa dibaharui atau disesuaikan mengikut peredaran masa.
 
Peribahasa usang dibarui, lapuk dikajangi ini boleh dilihat dalam 1 contoh syair berikut :
 
Gemparlah orang di dalam negeri
Lelaki perempuan datang berlari
Budaya bangsa disanjung tinggi
Usang dibarui, lapuk dikajangi
 
Rujukan : Wadah Siswa Bil 11/2013
Read more ...

Monday, April 21, 2014

Daun Pandan Jauhkan Lipas

Cuba gunakan daun pandan jauhkan lipas daripada mendekati barang-barang berharga dalam rumah anda seperti kabinet dapur, rak bacaan dan almari pakaian jika sememangnya hal sebegitu menjadi masalah di rumah anda.
 
Petua menggunakan daun pandan
sebagai bahan untuk menjauhkan lipas ni saya jumpa dalam majalah Mingguan Wanita semasa membaca koleksi Mingguan Wanita yang telah dijilidkan di sebuah perpustakaan.

Sumber : GOOGLE

Setelah dicuba, alhamdulillah nampaknya berkesan . Yes !
 
Sebelum ini ada gunakan ubat gegat serta bahan semburan racun serangga tapi hilangnya sekejap saja. Lepas tu depa mai balik .. Yang buat sakit hati tu bila tengok baju kesayangan yang jarang-jarang dipakai tiba-tiba dah berlubang sana-sini kena gerit dengan lipas. Lagi naik angin kalau baju yang jadi mangsa geritan tu adalah baju sutera yang mahal-mahal. Mak oiiih ... hangin satu badan Joyah oi.
 
Cara guna daun pandan ni mudah saja ye kawan-kawan. Just simpulkan then koyak sikit pada hujungnya lalu letak le kat mana-mana bahagian dalam lemari tu. Buatlah 2,3 simpulan lagi bagus. Nanti bila dah kering tukar jer dengan simpulan daun pandan yang baru. Mudah dan jimat. Bau harum pula tu ... insyaallah berkesan. Cuba le ye ...
Read more ...

Tuesday, April 15, 2014

Larangan Keluar Rumah Waktu Senja

Larangan keluar rumah pada waktu senja oleh mak bapa dan nenek moyang kita dahulu itu ada sebabnya. Memang naik angin mereka apabila pantang larang ini dilanggar.
 
Kata mereka waktu senja adalah waktu hantu jembalang keluar merayau-rayau. Merayau -rayau mencari mangsa untuk disampuk atau dirasuk.
 
Dari segi logik akal, waktu senja keadaannya gelap. Bahaya kepada semua orang terutama kanak-kanak dan anak gadis. Bimbang jatuh ke dalam parit atau lubang, disengat binatang berbisa  atau dikhianati orang.
 
Dari sudut agama, waktu senja adalah waktu bersiap siaga untuk menunaikan solat. Beramal ibadah serba sedikit seperti juga anak-anak yang dihantar ke madrasah untuk mengaji Al-Quran. Waktu ini juga makhluk Allah yang tidak kelihatan berkeliaran tanpa kita sedari. Mahu atau tidak kita harus akur tentang ini.
 
Namun mungkin sudah menjadi kebiasaan anak-anak hari ini, tika azan Maghrib berkumandang, mereka masih di luar rumah menyepak bola atau bermain basikal. Mungkin kerana keadaan cuaca yang panas, mereka keluar lewat daripada biasa. Keluar lewat, jadi masuk pun lewat.
 
Ibu dari dapur sudah berteriak menyuruh masuk. 2, 3 kali jeritan ibu tidak dihirau menyebabkan bapa bingkas ke muka pintu. Bukan bersendirian tapi ditemani rotan. Zapp, zappp batang rotan hinggap di betis ... Si anak meraung-raung minta dikasihani. Bukan lari masuk untuk mandi tapi menghempas kuat pintu bilik sendiri. Ibu dari dapur menerpa ke depan, panas hati dengan suami sendiri .. Awak nak bunuh anak sendiri ??
 
Suami isteri masing-masing panas hati . Makan berasingan , tak bercakap hingga dinihari. 'Jembalang' yang ikut masuk tadi, bertepuk sendiri. Heheh puas hati .. usaha menghuru-hara dan merasuk akhirnya menjadi.
 
See, larangan keluar rumah waktu senja itu memang ada sebabnya.. :-D
 
 Doa Masuk ke Dalam Rumah



" Dengan nama Allah kami masuk, dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal "
 
 
 
 
 
 
Read more ...

Sunday, March 9, 2014

Misteri Kehilangan " Permaisuri Di Langit "

Simpati serta doa buat semua penumpang penerbangan MH370, moga mereka segera ditemui.


Sehingga jam 6.30 petang ketika entri ini ditulis, masih belum dapat diketahui apakah nasib yang menimpa 239

penumpang dan kru MH370.

Mudah-mudahan mereka berada dalam keadaan selamat dan dapat ditemui segera. Saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan misteri kehilangan permaisuri di langit ini berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui berita di tv.
 
  • Pesawat B777 dianggap sebagai "permaisuri di langit " apabila diperkenalkan pada tahun 1994 kerana ciri-cirinya yang jauh lebih hebat dan mewah berbanding pesawat lain milik MAS.

  • Operasi mencari dan menyelamat MH370 masuk hari ke-2.

  • DCA mengesahkan hanya 2 penumpang yang menggunakan passport palsu dan bukannya 4 seperti yang diheboh-hebohkan.

  • 2 penumpang MH370 yang dikenalpasti menggunakan passport palsu dikenali sebagai Luigi Maraldi , warga Itali  dan seorang rakyat Austria.

  • Kemungkinan serangan pengganas mengikut pandangan beberapa tokoh adalah rendah

  • Terkini Beijing menyatakan ada menemui serpihan pesawat, namun berita ini masih kabur dan tidak boleh dipercayai sama seperti tompokan minyak yang dikesan di perairan Vietnam

  • Pihak FBI turut menghantar beberapa pegawai mereka ke Malaysia kerana terdapat 3 orang rakyat Amerika Syarikat yang turut tersenarai sebagai penumpang penerbangan tersebut.

  • Rakaman radar ada menunjukkan tanda-tanda atau petunjuk   “ permaisuri di langit “ itu berpatah balik yang disebut juga sebagai air turning back  tetapi kelihatannya seperti melencong sedikit dari laluan sebenar. Namun tiada sebarang makluman atau komunikasi diterima dari menara kawalan

  • Kawasan pencarian oleh APPM diperluaskan sehingga 60 batu nautika

  • APPM juga menyiasat punca atau sumber sebenar tompokan minyak yang ditemui di perairan Kota Bharu, sama ada ia mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan permaisuri di langit ini atau sebaliknya.

  • Kali terakhir MH370 diselenggara adalah pada 2 minggu lalu dan tiada sebarang isu kerosakan atau masalah dibangkitkan.
  • Seperkara yang boleh dilakukan adalah sama-sama kita berdoa agar mereka segera ditemui dan misteri kehilangan permaisuri di langit ini dapat diselesaikan dengan segera.
    Sebagai pengguna laman sosial, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil kira sensitiviti semua pihak sebelum mengeluarkan sebarang komen.
Read more ...

Monday, February 3, 2014

Makan 5 Kali Sehari Untuk Kurus

Stress atau tekanan juga boleh berpunca daripada ketidakpuasan hati terhadap penampilan fizikal atau bentuk badan. Ini biasa berlaku kepada mereka yang mengalami masalah kegemukan.
Kredit : GOOLE IMAGES
Dikatakan bahawa seseorang itu perlu makan 5 kali sehari untuk kurus. Ya untuk mengurangkan lemak seseorang individu yang gemuk perlu makan lebih kerap. Namun jangan disalah anggap ya. Sebenarnya ada terma-terma tertentu yang perlu difahami berkaitan frasa di atas.

 
Cuba fahami aturan ini ..
 
  • Makan setiap 3 jam, contohnya sarapan pada pukul 7 pagi, kudapan pada jam 10 pagi, makan tengah hari pada jam 1 petang, minum petang pada jam 4 petang dan akhiri dengan makan malam selewat-lewatnya jam 7 malam.
 
  • Untuk setiap jam tersebut, makanlah hidangan sesuai dengan sukatan keperluan kalori tubuh sendiri. Tujuannya adalah untuk membantu tubuh menjana semua kalori dalam makanan yang diambil melalui aktiviti yang boleh membakar lemak. Cara ini juga dapat membantu meningkatkan metabolisma tubuh.
 
  • Melakukan pembahagian hidangan dengan melebihkan sumber serat daripada buah-buahan dan sayuran serta makanan dari kumpulan protein berbanding lemak dan karbohidrat bagi setiap waktu makan tersebut.
 
Nah, itu maksudnya makan 5 kali sehari untuk kurus. Jika setiap 5 kali waktu makan tersebut, anda tetap ambil nasi atau sumber karbohidrat yang lain, nescaya keinginan menjadi kurus itu hanyalah impian kosong sahaja sampai bila-bila.
Read more ...

Saturday, February 1, 2014

Hidup Ini indah

Entri pertama pembuka bicara ^-^


Hidup ini indah.

Seperti bunga kertas merah jambu yang galak berbunga di pondok terapi keluarga biarpun panas cuaca membahang dan memeritkan kulit.

Seperti juga hidup kita, ada warna yang menceriakan hatta saat dilanda pelbagai musibah dan ujian. Betapa kuasa Allah itu ternyata besar dan melebihi segala yang ada. Saat hidup dilanda kegetiran, masih ada rahmat dari NYA bagi memberi keseimbangan dan kekuatan pada diri yang diuji.

Seperti juga bunga kertas pada musim kemarau yang tetap mekar berkembang kerana rajin disirami tuannya, begitu juga dengan makhluk bergelar manusia. Saat berasa pedih dan perit lantaran didatangi pelbagai masalah dan cabaran hidup, ternyata kita masih bertuah kerana adanya rahmat dan kasih sayang yang tak pernah lekang dari NYA.

Hidup ini indah. Belajarlah menyelami keindahan itu. Belajarlah bersyukur
Read more ...