Jom Terjah

Tuesday, April 15, 2014

Larangan Keluar Rumah Waktu Senja

Larangan keluar rumah pada waktu senja oleh mak bapa dan nenek moyang kita dahulu itu ada sebabnya. Memang naik angin mereka apabila pantang larang ini dilanggar.
 
Kata mereka waktu senja adalah waktu hantu jembalang keluar merayau-rayau. Merayau -rayau mencari mangsa untuk disampuk atau dirasuk.
 
Dari segi logik akal, waktu senja keadaannya gelap. Bahaya kepada semua orang terutama kanak-kanak dan anak gadis. Bimbang jatuh ke dalam parit atau lubang, disengat binatang berbisa  atau dikhianati orang.
 
Dari sudut agama, waktu senja adalah waktu bersiap siaga untuk menunaikan solat. Beramal ibadah serba sedikit seperti juga anak-anak yang dihantar ke madrasah untuk mengaji Al-Quran. Waktu ini juga makhluk Allah yang tidak kelihatan berkeliaran tanpa kita sedari. Mahu atau tidak kita harus akur tentang ini.
 
Namun mungkin sudah menjadi kebiasaan anak-anak hari ini, tika azan Maghrib berkumandang, mereka masih di luar rumah menyepak bola atau bermain basikal. Mungkin kerana keadaan cuaca yang panas, mereka keluar lewat daripada biasa. Keluar lewat, jadi masuk pun lewat.
 
Ibu dari dapur sudah berteriak menyuruh masuk. 2, 3 kali jeritan ibu tidak dihirau menyebabkan bapa bingkas ke muka pintu. Bukan bersendirian tapi ditemani rotan. Zapp, zappp batang rotan hinggap di betis ... Si anak meraung-raung minta dikasihani. Bukan lari masuk untuk mandi tapi menghempas kuat pintu bilik sendiri. Ibu dari dapur menerpa ke depan, panas hati dengan suami sendiri .. Awak nak bunuh anak sendiri ??
 
Suami isteri masing-masing panas hati . Makan berasingan , tak bercakap hingga dinihari. 'Jembalang' yang ikut masuk tadi, bertepuk sendiri. Heheh puas hati .. usaha menghuru-hara dan merasuk akhirnya menjadi.
 
See, larangan keluar rumah waktu senja itu memang ada sebabnya.. :-D
 
 Doa Masuk ke Dalam Rumah



" Dengan nama Allah kami masuk, dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal "
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment